hujan. macam kau tau cuaca hati ini. kenapa engkau turun? sekadar menemani atau menzahirkan rasa pahit ini? sakit memang. aku punya satu perkara yang tak mungkin aku ceritakan. menjaga hati mungkin. atau sebab malu dengan pemikir yang tak sehaluan ideologinya seperti aku. hati ini bantah! tapi kerongkong tersekat, bibir terkunci. aku berdiri di atas keakuran yang aku sendiri tak mahu. tapi apa guna aku gembira di atas kesedihan orang lain? terutama yang aku sayang. pengorbanan. iya itu la. kalau bukan mereka, aku la. hal ini rumit. rencana masa depan yang bayang pun tak ada. seperti aku takut dengan pantulan sendiri. aku kiddo. turuti kata hati selagi diterima dek akal. hati tau apa yang hati mahu. tapi akal yang tentukan apakah itu yang benar-benar hati mahukan. runsing! mengapa perlu sekarang?
sangkaan ku tepat pada sasarnya. aku tak terkejut. memang itu la reaksi sepatutnya. aku kenal. aku dah masak. degilnya hati aku saja yang tahu. biar hati ini sakit janji puas. bila dah tahu konklusinya, kecewa bukan kepalang. terdiam. ini hati aku!! teriak ku tak berbunyi. aku pejam mata, bawa diri ke masa depan. ahh takut. takut. takut. baiklah! aku akur! terus menangis.
kalau demi menjaga hati ini supaya tak sakit lain kali, baik didiamkan saja. dilupakan saja. biar kosong. lantas bila masa tiba, boleh terima apa saja yang mungkin bukan rencana aku. sekarang aku dah yakin bentuk kejadiannya nanti. jadi aku perlu bijak melangkah supaya nanti tak keruh. tak perlu hati ini degil kalau taknak sakit lagi nanti. baik aku lepaskan saja. hidup bukan kah untuk keredhaan ALLAH? dan bukankah kita yang merancang dah ALLAH yang tentukan?
jarang-jarang aku dapat apa yang aku mahu. tapi setiap inci yang aku dapat itu yang memang aku mahu. aku yakin semua pun akan begitu. walaupun mungkin rasanya seperti menghiris hati sendiri. jadi, pelan-pelan aku lepaskan. demi mereka, dan aku.
ALLAH tahu pahit yang aku telan. itu sudah cukup.